Aksi berbasikal trek kembali menghangatkan UCI Track Nations Cup 2026 dengan tumpuan Hari 3, Session 1 yang berlangsung di Velodrom Nasional Malaysia.
Kelibat jaguh negara, Azizulhasni Awang yang akan turun beraksi dalam pusingan suku akhir acara pecut menjadi perhatian utama peminat tanah air.
Advertisement
Saksikan secara langsung di saluran Astro Sports Plus (CH817) dan Astro GO.
Kenapa wajib tonton?
Selepas Azizulhasni meraih pingat emas dalam acara keirin semalam, The Pocket Rocketman kembali ke velodrom memburu satu lagi kemenangan dalam acara pecut!
Dengan sokongan padu penyokong tempatan, peluang untuk melihat Azizulhasni melangkah lebih jauh cukup terbuka.
Pastikan anda tidak terlepas aksi mendebarkan ini -- detik penting buat sukan berbasikal trek negara!
Hanya di Astro!