Christian Pulisic bertegas bahawa dia tidak akan mengikut jejak langkah Robert Lewandowski, Mario Gotze dan Mats Hummels dengan meninggalkan Borussia Dortmund untuk bersama Bayern Munich.
Pulisic kini berjaya meletakkan dirinya dalam kesebelasan utama Dortmund selepas bersama pasukan sejak musim 2015-16, dengan pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu meledak lima gol serta mencipta 13 bantuan jaringan dalam 43 perlawanan musim lalu.
Pemain berusia 18 tahun itu dilihat sebagai antara prospek yang menyerlah di dalam bola sepak Eropah dan menarik minat banyak pasukan untuk mendapatkan khidmatnya.
Kelab England, Liverpool, berminat untuk membawa pemain itu ke Anfield untuk musim 2016-17, namun tidak berjaya mencapai persetujuan dengan Dortmund.
Seperti kebiasaan, bintang-bintang Dortmund akan mengambil keputusan untuk menyertai Bayern tetapi Pulisic tidak memiliki niat untuk mengikut jejak langkah tersebut.
"Tidak, saya tidak akan ke Bayern," kata Pulisic.
"Saya memiliki impian untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi saya kini beraksi dalam Bundesliga dan tidak memiliki sebarang perancangan untuk meninggalkan kelab ini.
"Saya sangat gembira bersama pasukan dan berharap dapat beraksi buat beberapa musim lagi di sini."