Pengendali Leicester City, Claude Puel, sedia menerima kembali Riyad Mahrez ke dalam skuad selepas penyerang itu dikecewakan apabila perpindahannya ke Manchester City gagal disempurnakan.
Pemain kebangsaan Algeria itu telah dikaitkan dengan perpindahan menyertai skuad kendalian Pep Guardiola itu tetapi kedua-dua pihak gagal memeterai persetujuan pada hari terakhir jendela perpindahan.
Bercakap selepas mereka tewas 2-1 kepada Everton, Puel sedia menerima semula Mahrez sambil mengakui pemain berusia 26 tahun itu adalah watak penting buat The Foxes.
"Kami baru sahaja mengakhiri perlawanan. Tumpuan saya terarah kepada perlawanan ini," kata Puel.
"Kami akan mengambil semua maklumat dan cuba berbincang dengan Mahrez. Kami mengetahui situasi ini dan memahaminya.
"Ia adalah satu keadaan yang sukar buat dirinya dan kelab.
"Bagaimanapun, kami masih lagi sedia menerimanya dalam pasukan. Mahrez memainkan peranan yang penting buat pasukan ini."