Claude Puel yakin bintang Piala Dunia seperti Harry Maguire dan Kasper Schmeichel akan terus kekal bersama Leicester City hingga jendela perpindahan berakhir.
Tawaran dijangka hadir buat gandingan itu selepas mereka menampilkan aksi cemerlang di Russia.
Maguire membantu England mara ke separuh akhir dan kini dalam sasaran Manchester United manakala penjaga gol Denmark, Schmeichel, dipercayai sedang diintai oleh Chelsea.
Puel, bagaimanapun, menegaskan kedua-dua pemain adalah penting untuk tidak dijual sebelum saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Saya berasakan kami mampu menyimpan kedua-dua pemain ini. Mereka adalah individu penting dalam skuad," katanya.
"Kami tidak boleh kehilangan khidmat mereka beberapa hari sebelum musim bermula. Kami tidak akan dapat mencari pengganti.
"Schmeichel dan Maguire amat bernilai buat kelab. Kami sedang berusaha untuk membentuk skuad yang berkualiti dan setiap pemain kami amat bernilai," ujarnya.
Leicester berharap kedua-dua pemain itu masih bersama The Foxes yang membuka kempen EPL di Old Trafford berdepan United pada 10 Ogos ini.