Adrien Rabiot melahirkan rasa tidak puas hati dengan satu lagi kekalahan Paris Saint-Germain (PSG) selepas tumpas 3-1 kepada Real Madrid dalam Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Gergasi Perancis itu -- yang dibarisi pemain termahal dunia, Neymar -- membuatkan penyandang juara itu tertanya-tanya apa yang mungkin berlaku selepas melepaskan kelebihan satu gol yang dijaringkan Rabiot pada minit ke-33.
PSG turun dengan koleksi 28 gol daripada lapan perlawanan dalam semua pertandingan, termasuk menang 8-0 di Dijon dalam Ligue 1, tetapi kemenangan mereka dihalang, bermula dengan penalti Cristiano Ronaldo menuju masa rehat.
Selepas disingkirkan di peringkat sama musim lalu menerusi kekalahan 6-1 di tangan Barcelona dalam aksi kedua, satu gol lewat masing-masing daripada Ronaldo dan Marcelo membuatkan PSG berdepan satu lagi penyingkiran dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara.
"Saya kecewa. Kami bermula dengan menghasilkan aksi yang kami perlukan," kata Rabiot kepada SPORTS.
"Kami selalu mengatakan perkara sama, kami sentiasa melakukan perkara sama, dan pada akhirnya, kami sentiasa kalah dengan cara sama.
"Sangat bagus meletakkan lapan gol melepasi Dijon tetapi perlawanan seperti inilah yang kami perlu ambil kira."
Mengulas aksi dalam separuh masa kedua, Rabiot menambah: "Apabila kamu bermula tempang seperti itu, ia rumit."
PSG akan menerima kunjungan Madrid di Parc des Princes pada 6 Mac depan.