Paris Saint-Germain (PSG) memberi maklum balas berikutan laporan mengatakan ibu pejabat kelab itu diserbu oleh pihak polis kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penipuan cukai.
Pihak berkuasa juga dikatakan telah mengunjungi rumah bintang antarabangsa Argentina, Angel Di Mari, dan Javier Pastore, bagi mengumpul maklumat berhubung dengan penyiasatan yang sedang dijalankan.
Jabatan pendakwa raya kewangan Perancis telah menyiasat aktiviti mengelak cukai yang dilakukan sejak Disember lalu sejurus laman sesawang 'Football Leaks' menuduh ramai pemain bola sepak dan jurulatih menggunakan akaun luar negara untuk mengelak daripada membayar cukai.
"Paris Saint-Germain telah menyediakan segala maklumat dan dokumen yang diminta membabitkan dua pemain kami," menurut satu kenyataan PSG yang dipetik dalam media Perancis.
"Paris Saint-Germain menegaskan bahawa semua dokumen-dokumen kontrak mengaitkan kedua-dua pemain itu telah selesai dengan sempurna, kelab ini telah membuktikannya ia diuruskan secara sistematik.
"Kelab ini akan terus menjawab secara telus terhadap sebarang permintaan daripada pihak berkuasa."
Jurnal Perancis, Mediapart, mendakwa penggempur PSG, Edinson Cavani, mendapat bayaran penajaan melalui syarikat Malta untuk mengurangkan tanggungan cukainya.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ejen Cavani, semalam, berkata: "Edinson Cavani menafikan dengan tegas, ia tuduhan yang tidak berasas."