Skip to main content

Bola Sepak

PSG habiskan RM1.9 bilion, RM1 bilion di klinik -- Garcia

rudigarcia-cropped_szrf9nscjszj1den91zyce68b.jpg
Bos Marseille, Rudi Garcia, mengejek polisi perpindahan Paris Saint-Germain (PSG) dan menganggap kelab itu hanya bergantung kepada Neymar menjelang pertandingan Coupe de France atau Piala Perancis di Parc des Princes, awal pagi esok.

PSG menewaskan pesaingnya itu 3-0 dalam Ligue 1, kemarin, tetapi mereka tepaksa membayar kemenangan itu dengan kehilangan bintang Brazil, Neymar, yang mengalami patah tulang metatarsal.

Garcia memberitahu sidang media menjelang perlawanan yang seperti ulangan itu bahawa rakan sejawatannya, Unai Emery, masih mempunyai banyak pilihan berdepan Marseille tetapi mendakwa perbelanjaan rekod dunia ke atas Neymar mungkin membuatkan PSG kekurangan di kawasan lain.

"Jika tiada Neymar, akan ada (Angel) Di Maria," katanya. "Kami akan lihat sama ada (Kylian) Mbappe dan (Edinson) Cavani bermain ketika mereka juga akan berdepan perlawanan sebenar menentang Real Madrid seminggu selepas ini.

"Ia adalah pasukan yang dibina untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Jika tidak, ia akan menjadi kegagalan.

"Mereka telah melabur €400 juta (RM1.9 bilion), termasuk €222 juta (RM1 bilion) yang berada di klinik."

Kapten PSG, Thiago Silva, menuduh pemain tengah Marseille, Dimitri Payet, dengan mengatakan dia mahu menyakiti Neymar yang kemudiannya cedera dicabar oleh Bouna Sarr.

Pemain pertahanan Marseille, Adil Rami, menegaskan dia berusaha menjauhkan diri daripada kontroversi tersebut selepas perlawanan kelmarin.

"Saya tidak tahu sama ada media bercakap terlalu banyak tentang Neymar. Apabila saya pulang, saya mula bermain Playstation," katanya.

"Tanpa dia, PSG akan menjadi pasukan lain tetapi mereka tetap menjadi skuad hebat dengan 'bangku simpanan besar'. Kami tidak boleh meraikan kecederaan pemain."

Advertisement

Must Watch Video