Skip to main content

Bola Sepak

PSG buru pemain penyerang

psg-won-t-buy-for-the-sake-of-buying-kluivert.jpg

Pengarah Bola Sepak Paris Saint-Germain, Patrick Kluivert menegaskan kelab itu tidak akan berbelanja sewenang-wenangnya dalam jendela perpindahan Januari melainkan pemain itu mampu bawa impak positif terhadap pasukan.

Ketibaan Julian Draxler di awal minggu jendela perpindahan telah pun membawa impak berkesan apabila telah pun menyumbang dua gol, termasuk gol kemenangan 1-0 berdepan Rennes dalam aksi Ligue 1.

Pengendali Unai Emery berkata dia mahu membawa masuk seorang pemain penyerang namun mengakui bukan mudah untuk mendapatkan seorang pemain yang berkaliber dalam jendela perpindahan Januari.

Kluivert -- yang enggan memberi komen terhadap laporan bahawa kelab itu sedang memburu penyerang Chelsea, Michy Batshuayi -- menegaskan mereka hanya akan membuat pembelian sekiranya menjumpai pemain yang berkualiti.

"Saya tidak akan membeli pemain sewenang-wenangnya," Kluivert memberitahu wartawan susulan kemenangan ke atas Rennes.

"Jika tiada pemain di luar sana yang akan memberi impak terhadap pasukan ini, kami tidak akan membuat sebarang pembelian. Itu satu kemungkinan."

Advertisement

Must Watch Video