Pengurus MISC-MIFA, K. Rajendran, mengakui gembira dengan persembahan skuad bimbingan K. Devan itu dalam aksi Liga Perdana sejurus menamatkan saingan 2018 di kedudukan ketiga serta layak ke Piala Malaysia buat julung kali.
Hanya dipisahkan dua mata dengan Felcra FC di kedudukan kedua, Rajendran tidak terkilan gagal meraih slot automatik ke Liga Super kerana pemain-pemain sudah memberikan yang terbaik.
Kejayaan menewaskan juara liga, Felda United, 3-0 di Jengka, Mei lalu, disifatkannya betapa MISC-MIFA berupaya memberi saingan, namun terpaksa akur perjuangan mereka berakhir di tempat ketiga.
"Kami seharusnya mampu menamatkan kedudukan selaku naib juara.
"Kebanyakan perlawanan yang kami keciciran mata berpunca daripada kelekaan pada minit-minit terakhir tetapi secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan pencapaian MISC-MIFA musim ini," katanya.
Mengulas kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) II di Kuala Terengganu, malam tadi, Rajendran mengakui MISC-MIFA gagal mempamerkan rentak sebenar sehingga sejam perlawanan berlangsung.
Menurutnya, MISC-MIFA dilihat tiada kesungguhan seperti aksi sebelumnya ketika bertemu UKM FC dan tidak menafikan barisan pemainnya juga hilang keyakinan sehingga terlebih dahulu ketinggalan kepada TFC II.
"Pemain-pemain hanya mula mendapat keyakinan pada 30 minit terakhir dengan gol penyamaan (Seydi) L'Imam berjaya mencetuskan kebangkitan sebelum (Kpah) Sean Sherman menjadikan kedudukan 2-1," ujarnya.