Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli, berkata skuadnya gagal memanfaatkan kehadiran Lionel Messi dalam Piala Dunia Russia sementara Portugal berjaya mendapatkan rentak terbaik daripada Cristiano Ronaldo.
Messi, yang melepaskan peluang sepakan penalti ketika menentang Iceland dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D, 16 Jun lalu, sama-sekali dikecewakan ketika dibelasah Croatia 0-3 dan kini di skuad La Albiceleste itu di ambang penyingkiran.
Sampaoli memiliki ramai pemain berbakat di bahagian serangan, namun mereka gagal memperagakan keserasian, dengan Messi sering ditugaskan untuk mengawal tempo permainan Argentina.
Tatkala Messi masih tercari-cari rentak di Russia, seteru utamanya, Ronaldo, telah menyumbat empat gol dalam dua perlawanan yang menyaksikan tandukannya memastikan kemenangan buat Portugal ke atas Maghribi, semalam.
Begitupun, bekas jurulatih Sevilla itu menegaskan Messi tidak boleh dibandingkan dengan Ronaldo berdasarkan perbezaan di antara pemain Argentina dan juara Euro 2016 itu.
"Ronaldo merupakan pemain yang sangat baik, anda boleh merujuk pencapaian dalam kerjayanya," kata Sampaoli.
"Ketika ini, kita tidak sepatutnya membandingkan kedua-dua pemain ini. Realitinya di dalam skuad Argentina, kami masih dibayangi Leo.
"Kemampuannya menjadi terhad kerana pasukan tidak menyesuaikan diri dengannya seperti yang sepatutnya. Sebagai jurulatih, kami perlu menangani perkara ini.
"Saya sentiasa mencari kedudukan terbaik untuk membantu pemain di atas padang. Perancang menggalas beban istimewa. Kami tidak dapat mencari keserasian yang akan membawa manfaat kepada Argentina dan Leo," tambahnya.
Sampaoli memiliki banyak pilihan di bahagian serangan, namun masih terkial-kial untuk membentuk gandingan ampuh di antara Gonzalo Higuain, Sergio Aguero dan Messi, manakala bintang Juventus, Paulo Dybala, tidak memberi kesan ketika dimasukkan dari bangku simpanan.
Argentina perlu menewaskan Nigeria dalam perlawanan terakhir kumpulan bagi menyalakan harapan untuk mara tetapi ia masih bergantung kepada keputusan membabitkan Iceland.
Begitupun, Sampaoli masih memiliki keyakinan bahawa skuadnya masih mampu menyinar.
"Saya fikir kami akan mengasak hebat Croatia dan menguasai separuh padang, namun sebaik mereka menjaringkan gol, kami hilang rentak," katanya.
"Kami terkesan secara emosi dan kami tidak mempunyai apa-apa cara untuk mengubah keadaan. Jika anda tidak mempunyai momentum, sukar untuk maju.
"Saya sangat menghargai anak buah saya, saya fikir ini adalah skuad yang sangat baik, namun kami langsung tidak memiliki keserasian.
"Kami perlu mengambil kesempatan dalam perlawanan terakhir nanti. Kami berjuang untuk itu dan berharap dapat meneruskan kemaraan," ujarnya.