Skip to main content

Bola Sepak

Poyeng dikurniakan cahaya mata pertama selepas 12 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

poyeng.jpg
Bekas pertahanan Pahang, Mohd Saifulnizam Mizsan, atau lebih dikenali sebagai Poyeng, akhirnya menerima zuriat pertama mereka selepas isterinya selamat melahirkan bayi lelaki pada Isnin lalu.

Poyeng berkongsi kegembiraan impian 12 tahunnya itu menerusi laman sosial Instagram dengan 'caption':

"Bismilllahi MasyaAllah TabarakAllah Alhamdullilah Syukur.

"Dengan hati yang penuh kasih sayang, kami amat teruja untuk memperkenalkan anak sulung kami selepas menunggu selama 12 tahun."

Berita kelahiran anak pertama Poyeng turut mendapat ucapan tahniah daripada bekas ahli pasukan dan pundit Astro Arena ,Razman Roslan.

"Alhamdulillah, tahniah, semoga menjadi anak yang soleh," kata Razman.

 

Advertisement

Must Watch Video