Pengerusi Tottenham, Daniel Levy, boleh berhujah bahawa percubaannya untuk membawa kejayaan ke kelab itu dengan pengurus bereputasi besar – Jose Mourinho dan Antonio Conte adalah contoh jelas -- terbukti satu ‘malapetaka’ yang mahal harganya.
Lantaran itu, dia memperjudikan nasibnya di tangan Ange Postecoglou – seorang jurulatih yang tidak pernah bekerja dalam salah satu liga utama Eropah tapi mahu membuktikan keupayaannya di sebalik kurang dkenali.
Pelantikannya boleh mengukuh atau memusnahkan status Levy sebagai pencetus kebangkitan Spurs dan tiada siapa tahu bagaimana kesudahannya nanti tapi Postecoglou juga bukanlah seorang yang tidak memiliki kebanggaan apa-apa.
Mengimbau ke musim panas 2021, pelantikan Postecoglou selaku pengurus Celtic disambut dengan cemuhan oleh sebahagian besar penyokong, apatah lagi kedatangannya dilihat sebagai penyelesaian berharga murah dari Liga Jepun buat kelab Liga Perdana Scotland yang berpangkalan di Glasgow itu.
.jpg)
Pengurus berbangsa Australia daripada keturunan Greece itu tidak dipermudahkan tugasnya ketika penyokong Celtic lebih ternanti-nantikan kedatangan Eddie Howe sebagai pengganti kepada Neil Lennon di kerusi panas pengurus.
Namun, tanggapan negatif terhadapnya tidak kekal lama apabila Postecoglou menyemarakkan semula Celtic dengan menyuntik bola sepak progresif yang menyaksikan kelab itu menjulang lima trofi sepanjang dua musim lalu.
Kejuaraan ‘treble’ Celtic susulan kemenangan ke atas Inverness dalam final Piala Scotland tertulis sebagai buah tangan perpisahan daripada Postecoglou, yang tidak mampu menolak tarikan dan cabaran untuk menyemarakkan semula Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Malah, seperti dilaporkan laman sundayworld.com, apa yang bakal dihadapinya di Tottenham adalah naratif yang hampir serupa dengan tugas awalnya bersama Celtic.
Dengan penyokong Spurs menyuarakan bantahan terbuka terhadap Levy sambil penyerang terbilang, Harry Kane, berkemungkinan angkat kaki pada musim panas ini, Tottenham menghadirkan cabaran menggunung buat pengurus barunya itu.
Dalam pada itu, Postecoglou tidak pernah lari daripada cabaran, sebaliknya diperkuatkan oleh kepercayaan diri yang diraih daripada keturunannya selepas keluarganya menaiki satu perjalanan kapal yang panjang untuk berpindah dari Greece ke Australia pada 1970 untuk memulakan hidup baru yang lebih baik.
“Saya tidak dapat percaya apa yang ibu-bapa saya lalui. Mereka membawa kami menaiki sebuah kapal yang belayar separuh dunia selama 30 hari ke sebuah negara yang mereka tidak fahami bahasanya, tidak mengenali sesiapa dan tiada tempat tinggal atau pekerjaan.
“Ibu-bapa saya tidak mendapat hidup yang lebih baik. Mereka membawa kami ke Australia agar saya (pada usia 5 tahun ketika itu) dan adik perempuan saya dapat menjalani hidup yang lebih baik,” katanya dalam satu temu bual dengan Sky Sports.
Bapanya, Dimitris, yang memupuk minat Ange terhadap bola sepak dari usia kanak-kanak ketika di Melbourne hingga dia menang kejuaraan kebangsaan Australia di bawah pengurusan legenda Hungary, Ferenc Puskas, yang menjadi pengurus kelab South Melbourne pada 1991.
Dipercepatkan waktu tiga dekad kemudian, Postecoglou sedang melayari impian mendiang bapanya itu apabila ditawarkan jawatan bernilai berjuta-juta pound untuk mengemudi Tottenham – sesuatu yang harus membuat Dimitris sangat bangga.
Apa tidaknya kerana anak lelakinya itu kian menghampiri impian besarnya pada waktu Postecoglou akan berhadapan ujian paling getir dalam satu tugas yang telah ‘mengorbankan’ ramai yang lebih ternama sebelum dirinya.