Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou, mengakui dia tidak mampu bertenang dengan ketidakpastian mengenai masa depan Harry Kane dan mahu isu itu diselesaikan segera.

Ketua pasukan England itu muncul sebagai sasaran utama juara Bundesliga, Bayern Munich, musim panas ini.

Kontrak pemain berusia 29 tahun itu akan tamat kontrak pada musim panas depan tetapi tatkala Bayern terus mengusahakan untuk memancing khidmatnya dan dilaporkan telah membuat dua bidaan ke atas penyerang itu, pendirian Spurs tetap sama iaitu mereka tidak berhasrat untuk menjual Kane.

Penjaring gol terbanyak Tottenham itu juga telah ditawarkan kontrak baharu yang merupakan peningkatan ketara dalam perjanjian semasanya yang bernilai £200,000 (RM1.1 juta) seminggu dan PA melaporkan Kane tidak berhasrat memperbaharui kontraknya pada musim panas ini.

Postecoglou yang dilantik menjelang kempen baru mengakui situasi itu bukanlah sesuatu yang dialu-alukan.

Dia memberitahu football.london: “Adilkan untuk mengatakan bahawa saya tidak berasa senang mengenainya!



“Ia bukan sesuatu yang setakat kita cuma tahu sama ada ia akan berlaku atau tidak. Sebaliknya ia merupakan bahagian yang sangat penting dalam kelab ini, bukan sekadar pasukan malah buat kelab.

"Jadi kami perlu menanganinya dan semua orang yang terbabit juga tidak mahu ia terus berlarutan. Saya tidak fikir ia situasi yang baik untuk sesiapa pun. Saya tidak fikir ia bagus untuk Harry, saya tidak fikir ia bagus untuk tumpuan kelab ini.

“Tetapi saya tidak mahu meletakkan tarikh akhir padanya kerana ia akan menambahkan lagi tekanan. Kami mahu ia diselesaikan dengan cari terbaik. Realitinya kontraknya masih terikat di kelab ini jadi begitulah cara saya melihatnya.

“Bukanlah kontraknya akan tamat pada 12hb Ogos ini, namun dia perlu membuat keputusan dan dia masih ada masa setahun lagi.”