Skip to main content

Bola Sepak

Posisi saya adalah di bek tengah -- Lindelof

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

victorlindelof-cropped_u8k00vmloj9p1wfhxd6ts0syr.jpg
Victor Lindelof mahu mengesahkan tempatnya sebagai bek tengah no.1 Manchester United selepas muncul pemain pertahanan paling mahal dalam sejarah kelab itu.

Lindelof menandatangani kontrak empat tahun di Old Trafford, semalam, sekaligus menjadi pembelian pertama Jose Mourinho dengan yuran perpindahan sebanyak €35 juta (RM166 juta).

Pemain antarabangsa Sweden itu turut berharap penyokong United akan menerima gayanya yang gemar memegang bola.

"Saya seorang pemain yang tenang dan gemar memegang bola," Lindelof memberitahu MUTV. 

"Saya juga mampu membaca perlawanan dan akan memberikan bantuan kepada pemain tengah sebaik mungkin."

Pemain berusia 22 tahun itu memulakan karier sebagai pemain tengah dan juga pernah beraksi di bek kanan, namun dia percaya posisi terbaiknya adalah selaku pertahanan tengah di mana dia perlu berebut tempat bersama Eric Bailly, Phil Jones, Chris Smalling, Marcos Rojo dan Daley Blind.

"Saya memulakan karier sebagai pemain tengah dan pernah beraksi di bahagian bek kanan. Tetapi saya selesa beraksi sebagai bek tengah," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video