Skip to main content

Bola Sepak

Pollersbeck tidak sangka jadi wira Jerman

julian-pollersbeck_o70y9g3re7t91d55m75kdwam6.jpg
JERMAN 2 (4) ENGLAND 2 (3)

Julian Pollersbeck tidak sedar tindakannya menyelamatkan gawang ketika penentuan sepakan penalti membawa Jerman ke final Euro Bawah 21 Tahun.


Pollersbeck menjadi wira pasukannya selepas menafikan sepakan pemain sayap England, Nathan Redmond, sekaligus memastikan Jerman menang dengan keputusan 4-3 selepas terikat 2-2 ketika berakhirnya tempoh 90 minit di Tychy, awal pagi tadi.

Jerman bakal berdepan Sepanyol dalam final, namun Pollersbeck mengakui dia tidak sedar akan apa yang berlaku pada awalnya.

"Saya agak bingung ketika itu," ujarnya.

"Ketika saya menyelamatkan sepakan penalti tersebut, saya tidak sedar bahawa kami sudah mara ke final.

"Saya mula sedar sebaik melihat rakan sepasukan meluru ke arah saya."

Sementara itu, pengendali England, Aidy Boothroyd, percaya anak buahnya akan mengutip pengalaman berharga meskipun tewas.

"Apa yang saya boleh katakan ialah akan ada antara pemain saya yang akan menjadi pemain senior England satu hari nanti," kata Boothroyd.

"Bagi mereka yang tidak dapat mewakili skuad bawah 21 tahun lagi selepas ini atas faktor umur, sudah tiba masanya untuk mereka bekerja lebih keras bagi mewakili skuad senior."

Jaringan hatrik Saul Niguez membawa Sepanyol ke final berdepan Jerman selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Itali, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pemain tengah Jerman, Nadiem Amiri, yakin pasukannya akan muncul juara di Krakow, Jumaat ini.

"Seluruh Jerman bangga dengan kami, kami akan menjuarai kejohanan ini," kata Amiri.

Advertisement

Must Watch Video