Paul Pogba memuji peningkatan mendadak Kylian Mbappe ke puncak dunia bola sepak serta meliihat pemain berusia 19 tahun itu mampu menjadi salah seorang pemain terbaik dunia.
Penyerang Paris Saint-German (PSG) itu merupakan salah seorang bintang Piala Dunia, dengan menjaringkan tiga gol dalam enam perlawanan dan membantu Perancis mara ke final buat kali ketiga dalam 20 tahun.
Menjelang pertembungan Les Bleus dengan Croatia pada Ahad ini, Pogba memuji keinginan, cita-cita dan kematangan yang dipamerkan oleh Mbappe.
"Mbappe masih muda dan semua orang mengetahuinya," kata Pogba.
"Dia memberitahu saya dia mahu memenangi gelaran. Mbappe seorang yang mampu melakukannya dan sangat berbakat.
"Dia akan meraih pengalaman dan membentuk dirinya menjadi pemain yang lebih baik pada masa akan datang.
"Kebolehan Mbappe menyesuaikan diri dalam usia muda adalah sesuatu yang sangat baik buat dirinya."
Berbincang mengenai prestasinya, Pogba mengakui peranannya bersama Perancis berbeza jika dibandingkan ketika beraksi untuk Manchester United.
Pemain berusia 25 tahun itu telah meledak 11 gol dalam 57 penampilan Liga Perdana Inggeris sejak kembali ke Old Trafford dua tahun lalu tetapi persembahannya yang kurang konsisten menimbulkan perasaan kurang senang penyokong kelab itu.
Mengakui ia adalah satu pengalaman yang berbeza, Pogba berkata, "Jose Mourinho (pengendali United) dan Didier Deschamps adalah orang yang berbeza, memiliki pandangan terhadap bola sepak yang berbeza.
"Kedua-dua jurulatih ini dapat membantu saya meningkatkan mutu permainan," ujarnya lagi.