MANCHESTER UNITED 2 MIDDLESBROUGH 1
Paul Pogba memuji kebangkitan Manchester United di penghujung perlawanan untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Middlesbrough, semalam.
Dengan kombinasi pengadilan Lee Mason yang menjadi persoalan, permainan bertahan Boro yang mantap dan gol daripada Grant Leadbitter hampir memberikan kemenangan mengejut buat Aitor Karanka ke atas bekas pengendali Real Madrid, Jose Mourinho.
Namun, Anthony Martial menyamakan kedudukan lima minit sebelum perlawanan tamat dan Pogba menanduk masuk hantaran silang Juan Mata untuk memulakan sambutan tahun baru di Old Trafford.
Kemenangan di hujung perlawanan sudah menjadi tradisi yang diterapkan oleh bekas pengendali, Alex Ferguson, yang menyambut hari lahir yang ke-75.
"Sangat menakjubkan -- ini kerana kami mencintai bola sepak," kata Pogba. "Ia merupakan kemenangan yang penting.
"Kami telah mencipta banyak peluang dan mampu untuk meraih kemenangan yang mudah tetapi kami sangat gembira kerana meraih tiga mata penuh."
Matthew Scott
Sat Dec 31 2016