Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Pogba berjaya tutup mulut pengkritik -- Lloris

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

paul-pogba-cropped_1lio5lnao7t9r1rugabeuj1rqd.jpg
Penjaga gol Perancis, Hugo Lloris, percaya Paul Pogba telah menutup mulut pengkritik selepas mempamerkan aksi mantap ketika aksi persahabatan berdepan England, kelmarin.

Pemain tengah Manchester United itu mempamerkan aksi mantap untuk membantu skuad kendalian Didier Deschamps melakar kemenangan 3-2 di Paris meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Raphael Varane dilayangkan kad merah.

Pogba telah dikecam oleh beberapa pihak ekoran gagal mempamerkan aksi seperti mana diharapkan ketika United membayar GBP89 juta (RM482 juta) kepada Juventus, tahun lalu.

Bagaimanapun, kapten Tottenham, Lloris, menjangkakan pemain berusia 24 tahun itu akan mempamerkan kemajuan musim depan.

"Mungkin ada sesuatu yang dia mahu buktikan kerana dia beraksi bersama salah satu kelab terbaik dunia, jadi dia perlu mempamerkan aksi yang mantap," ujar Lloris.

"Berdepan England, dia beraksi mantap dan sebagai pemain tengah, dia mengawal bola dengan baik. Saya yakin dia akan menjadi pemain yang lebih hebat."

Sementara itu, Lloris mengakui dia sedang cuba meyakinkan Thomas Lemar untuk menyertainya di Spurs.

Bintang AS Monaco berusia 21 tahun itu telah dikaitkan dengan penghijrahan ke England kebelakangan ini dan ditanya sama ada dia ada cuba memujuk pemain itu menyertai Spurs, Lloris menjawab:"Kamu menjawab soalan yang tepat tetapi saya tidak boleh menjawabnya!"

Dia menambah:"Liga Perdana Inggeris cukup mengujakan. Setiap kelab di England berkemampuan untuk mendapatkan pemain yang hebat.

"Di Perancis, kami memiliki ramai pemain berbakat besar dan walaupun generasi pemain sedia ada cukup hebat, mereka perlu diberikan masa untuk menjadi lebih matang. Kita lihat apa yang akan berlaku kepada Liga Perdana Inggeris."

 

Advertisement

Must Watch Video