Skip to main content

Bola Sepak

Pogba: Aksi bertemu Liverpool lebih getir daripada 'derby' Manchester

pogba-liverpool-clash-bigger-than-city.jpg
Perancang Manchester United, Paul Pogba, bersiap sedia untuk menghadapi pertemuan blokbuster dengan Liverpool yang dilabelnya lebih besar daripada pertemuan 'derby' Manchester. 

United menanti Liverpool di Old Trafford dengan kedua-dua pasukan kini berada di kemuncak prestasi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Skuad yang dipimpin Jose Mourinho itu kini mengharungi 15 perlawanan tanpa kalah -- 11 daripadanya adalah dalam EPL -- untuk menduduki tangga keenam dan lima mata dipisahkan dengan pasukan di tangga kedua, Liverpool. 

Pemain termahal itu sedar betapa pentingnya pertemuan mereka nanti dengan menganggapnya lebih getir daripada pertemuan dengan Manchester City. 

"Sejarah pertemuan (kedua-dua pasukan) sudah diketahui ramai. Ia perlawanan 'derby' terbesar, lebih besar dibandingkan dengan Manchester City," kata Pogba kepada rancangan BBC, The Premier League Show. 

"Suasananya sangat istimewa. 

"Kami mahu memungut tiga mata ke atas mana-mana pasukan, tapi ia menjadi lebih istimewa apabila tiba perlawanan dengan Liverpool."

United akan menghadapi aksi hujung minggu ini dengan motivasi tinggi hasil kemenangan 2-0 ke atas Hull City dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) pertengahan minggu ini, manakala Liverpool ditimpa kekalahan 1-0 kepada Southampton dalam kejohanan yang sama. 

Advertisement

Must Watch Video