Skip to main content

Bola Sepak

Podolski sumbat lima gol di ambang perpindahan ke Jepun

lukas-podgoalski-gala-forward-nets-five-amid-j-league-links.jpg
GALATASARAY 6 ERZINCANSPOR 2

Lukas Podolski memberi gambaran sebenar prestasinya ketika dia di ambang perpindahan ke Jepun dengan meledak lima gol dalam kemenangan 6-2 Galatasaray ke atas 24 Erzincanspor dalam aksi Piala Turki, pagi tadi.  


Pengarah Sukan Gala, Levent Nazifoglu, bulan ini menafikan Podolski berminat untuk menyertai kelab Liga Super China (CSL), Beijing Guoan. 

Podolski dilaporkan menolak lamaran ke CSL kerana lebih cenderung untuk berhijrah ke Liga Jepun (Liga-J). Khabar angin itu disahkan oleh Nazifoglu kepada Beyaz TV, semalam. 

Gala tidak menghadapi masalah untuk membelasah lawan dari divisyen empat itu, dengan Podolski yang tiba dari Arsenal pada 2015, menjaringkan dua gol dalam tempoh 10 minit. 

Pelawat berjaya menyamakan kedudukan tetapi Garry Rodrigues kembali meletakkan Gala di hadapan sebelum separuh masa pertama berakhir. 

Babak kedua jelas mempamerkan penguasaan Gala dengan bekas pemain Jerman itu melengkapkan hatriknya pada minit ke-50 dan menambah dua gol lagi sebelum dikeluarkan pada penghujung perlawanan. 
 

Advertisement

Must Watch Video