Skip to main content

Bola Sepak

Pochettino sanjung Alli pastikan kemaraan Tottenham

alli.jpg
TOTTENHAM 2 WATFORD 2 
(Spurs mara menerusi penentuan penalti 4-2)


Mauricio Pochettino menghamburkan pujian kepada Dele Alli atas penampilannya terhadap Watford selepas bintang Tottenham Hotspur itu menjaringkan sepakan penalti kemenangan  4-2 dalam Piala Liga Inggeris (EFL).

Alli, yang kembali ke bekas kelabnya di Stadium MK, mengetuai Tottenham bagi pertemuan dengan The Hornets yang berakhir 2-2 di sebalik drama pada penghujung aksi awal pagi tadi. 

Setelah memimpin perlawanan menerusi Isaac Success, kedudukan perlawanan menjadi seimbang selepas Alli menyempurnakan sepakan penalti susulan kekasaran dilakukan Christian Kabasele yang kemudiannya dibuang padang. 

Jaringan Erik Lamela kelihatan mampu membantu kemenangan Spurs ketika permainan berbaki empat minit, namun Etienne Capoue mengikat kedudukan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Bekas pemain Tottenham itu, bagaimanapun, gagal melaksanakan amanah itu dari jarak 12 ela di samping Domingos Quina untuk memberi ruang buat Alli memuktamadkan kemenangan. 

Sehubungan itu, Pochettino gembira dengan bekas pemain tengah MK Dons berkenaan. 

"Semangat yang hebat ditonjolkannya, dia begitu teruja untuk bermain di sini," kata Pochettino, yang sempat berjanji akan mengambil serius setiap pertandingan kepada Quest.

"Bagi dia, peluang untuk kembali dan bermain di bandar kediamannya adalah pengalaman hebat dan sudah tentu saya gembira kerana kemenangan ini membolehkan kami ke peringkat seterusnya.

"Sudah tentu, kita boleh bercakap mengenai prestasi tetapi yang paling mustahak ialah kami menang dan kami masih berada dalam saingan.

"Saya sentiasa menghormati persaingan ini dan kami ingin pergi jauh. Kami melakukan rombakan tetapi itu tidak bermakna kami tidak mahu menang.

"Perkara yang paling penting adalah mentaliti. Pasukan ini melakukan usaha yang sangat baik dan sekarang, kami perlu bergerak ke hadapan dan mula memikirkan tiga permainan yang perlu dihadapi sebelum rehat antarabangsa," katanya.

Sementara itu, pengendali Wales, Javi Gracia, kesal sambil berasakan apa yang dia percaya ia satu keputusan yang membingungkan oleh pengadil, Lee Mason, kerana melayangkan kad merah kepada Kabasele.

Pemain Belgium itu hanya berada di atas padang selama empat minit ketika merempuh Alli sebelum menerima hukuman tersebut. 

"Saya fikir kami bermain dengan baik," kata Gracia.

"Terdapat beberapa keputusan yang sukar diterima, namun saya bangga dengan aksi anak buah dalam setiap permainan.

"Saya tidak faham keputusan (kad merah). Dari bangku simpanan, saya tidak melihat sama ada ia penalti atau tidak, tetapi selepas itu saya tidak faham.

"Saya cuba menghormati keputusan pengadil, untuk menyokong mereka kerana saya tahu ia bukan mudah untuk melakukan tugas mereka, tetapi pemain layak mendapatkan ganjaran yang lebih baik."
 

Advertisement

Must Watch Video