LIGUE 1
Pochettino nafi keajaiban bantu PSG ikat Lorient saat-saat akhir
LORIENT 1 PSG 1
Mauricio Pochettino menafikan bahawa Paris Saint-Germain mengharapkan 'keajaiban' untuk menyamakan kedudukan 1-1 ketika menentang pasukan bawahan Ligue 1, Lorient, awal pagi tadi.
Pendahulu Ligue 1 itu hanya dapat mennjaringkan gol penyamaan dalam waktu kecederaan di Stade du Moustoir hasil tandukan Mauro Icardi.
Iklan
PSG ketinggalan sebaik Thomas Monconduit menjaringkan gol gemilang dalam babak pertama buat pasukan di tangga ke-19, Lorient, yang berdepan rekod terburuk tewas kesemua tujuh perlawanan liga terakhir.
Pasukan pelawat itu turut terpaksa beraksi dengan kurang seorang pemain apabila Sergio Ramos dilayangkan kad kuning kedua tetapi berhasil mengelakkan kekalahan pertama dalam 10 perlawanan Ligue 1.
Walaupun Pochettino mengakui pemainnya sepatutnya beraksi dengan lebih baik, dia menegaskan bahawa mereka layak untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata.
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) December 22, 2021Menjawab dakwaan bahawa pasukannya hanya mengharapkan keajaiban dalam perlawanan itu, ketua jurulatih berkenaan berkata kepada Canal+: "Keajaiban? Mengapa ia satu keajaiban? Kami menjaringkan gol yang amat cantik yang saya fikir kami patut mendapatkannya lebih awal.
"Kami memiliki banyak peluang dalam babak kedua. Saya fikir anda perlu menghormati Lorient, mereka juga pasukan Ligue 1.
"Kami bermula baik dengan peluang Mauro dan kami tidak mendapatkan tempat yang betul dan setiap kali kami hilang bola, kami membenarkan Lorient untuk melakukan peralihan dengan cepat.
"Kami tidak bagus dalam babak pertama. Sergio masuk dalam babak kedua kerana kami mahu membina permainan dengan tiga pertahanan tengah dan mendapatkan lebih rentak di bahagian sayap.
"Kami beraksi lebih baik dalam babak kedua, kami mempunyai banyak peluang dan kami boleh menjaringkan lebih gol. Keputusan kami agak tekal ketika ini tetapi kami masih boleh melakukannya dengan lebih baik," katanya.
Must-Watch Video