Skip to main content

Bola Sepak

Pochettino: Kane penyerang yang berani

5218harry-kane.jpg
LIVERPOOL 2 TOTTENHAM 2

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino, menyifatkan Harry Kane sebagai salah seorang penyerang yang berani selepas menjaringkan sepakan penalti, sekali gus merekodkan gol yang ke-100 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).


Kane meledak gol pada penghujung permainan bagi memastikan Spurs melakar keputusan seri 2-2 dalam pertembungan dengan Liverpool di Anfield, semalam.

Spurs berjaya meraih satu mata bagi meningkatkan peluang mereka untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Victor Wanyama menafikan gol pembukaan Mohamed Salah tetapi Kane muncul penyelamat Spurs apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas Salah sekali lagi meletakkan Liverpool di depan pada masa kecederaan.

"Dia merupakan salah seorang penyerang terbaik," kata Pochettino.

"Untuk menjaringkan 100 gol dalam saingan EPL, anda memerlukan tahap keberanian yang tinggi.

"Saya mahu mengucapkan tahniah selepas menjaringkan gol yang ke-100. Ia adalah sesuatu yang menakjubkan buat dirinya," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video