SWANSEA 1 TOTTENHAM 3
Mauricio Pochettino berkata etika yang kuat menjadi pendorong kepada kebangkitan "gila" Tottenham Hotspur untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas Swansea City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Pasukan pelawat kelihatan akan tewas 1-0 di Stadium Liberty susulan gol awal yang disumbangkan oleh Wayne Routledge tetapi Spurs mengubah nasib mereka pada lewat permainan untuk menjamin kemenangan bagi terus mengekori pendahulu EPL, Chelsea.
Dele Alli menyamakan kedudukan pada minit ke-88, disusuli gol Son Heung-min dan Christian Eriksen pada masa kecederaan untuk mereka meraikan kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan tertinggi meskipun beraksi di selatan Wales tanpa kelibat Harry Kane, Danny Rose, Hugo Lloris dan Victor Wanyama.
Pengurus Spurs, Pochettino, mengakui pemainnya agak leka pada awal permainan tetapi percaya mereka menunjukkan kesungguhan untuk berjuang memburu gelaran menerusi usaha lewat mereka.
"Kami memulakan permainan dengan baik dan mencipta peluang dalam beberapa minit pertama. Kami mungkin berasa bahawa permainan ini akan menjadi mudah," ujar Pochettino kepada BBC Sport.
"Mereka mula bermain dengan tempo yang rendah. Sejurus dibolosi, kami mula sedar untuk meningkatkan tempo permainan.
"Ia adalah sesuatu yang gila memikirkan bagaimana jaringan hadir dalam tempoh beberapa minit terakhir tetapi kami terus memberi tekanan dan mencipta banyak peluang untuk menang. Ia perlawanan yang sukar dan kami menunjukkan watak besar.
"Perkara paling penting adalah maruah kelab ini. Apabila anda bermain untuk Tottenham, ia bukan soal nama, ia adalah mengenai pasukan. Musim ini kami membuktikan bahawa kami adalah sebuah pasukan.
"Saya tidak peduli apa orang lain katakan atau apa yang orang fikirkan mengenai sejarah kelab ini. Musim ini kami terus berjuang. Kami berada di landasan yang baik."