Gandingan serangan Safee Sali, Patrick Ronaldinho dan Fabio Ferreira akan menjadi sandaran skuad PKNS FC bagi mengharungi aksi pusingan kedua Liga Super 2017 yang bersambung esok serta saingan Piala Malaysia yang bakal bermula pada 4 Julai ini.
Sebelum ini, formasi 4-4-2 kerap menjadi pilihan ketua jurulatih, E. Elavarasan, namun kemasukan pemain dari Portugal, Ferreira, memberikan tambahan pilihan buat pengendali itu untuk menggunakan susunan 4-3-3.
Elavarasan tampak yakin dengan kemampuan bekas pemain Liga Australia itu untuk menambah keampuhan jentera serangannya.
Ferreira yang berusia 28 tahun dan bermain untuk pasukan Central Coast Mariners sebelum ini dijangka mampu membantu Safee dan Ronaldinho menyempurnakan setiap peluang untuk menjaringkan gol selepas ini.
“Kombinasi mereka dapat dilihat, ditambah dengan kelebihan yang dimiliki oleh Ferreira yang mampu bermain di kedua-dua bahagian kiri dan kanan, jadi itu menambah pilihan buat saya,” ujarnya.
Dalam masa sama, Elavarasan turut berpuas hati dengan kelibat dua lagi awang import baru pasukannya, Park Kwang Il dan Abdou Jammeh.
“Saya rasa tiga pemain yang baru kami dapatkan ini jelas lebih kepada jenis pemain berpasukan dan aspek tersebut yang akan membezakan prestasi pasukan selepas ini,” ujarnya.