Skip to main content

Bola Sepak

PKNS tuntut kerjasama berpasukan lebih baik

rajagobal_1.jpg
Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, mengakui kegagalan pasukannya menyempurnakan peluang awal memaksa Terengganu berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 dalam aksi Liga Super berdepan PKNS FC, malam tadi. 

Irfan mengakui barisan Semut Merah kali ini jauh lebih ampuh daripada musim sebelum ini. 

Namun, Irfan berasakan pasukan kendaliannya sebenarnya mampu menangani lawan seandainya peluang gol awal berjaya disudahkan. 

Babak pertama menyaksikan TFC mencipta deretan peluang gol dalam tempoh 20 minit awal permainan. 

"Sebenarnya, pada separuh masa pertama, kami mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol, itulah 'malu-malu dengan gol'.

"Bahagian tengah PKNS pula memang mengancam," katanya. 

Dalam masa sama, pengendali PKNS, Datuk K. Rajagobal, berasakan pasukannya lambat menyesuaikan diri dengan tempo permainan sehingga memberi ruang kepada lawan. 

"Kami perlu bekerja sebagai sebuah pasukan. 

"Ketika mengasak dan kehilangan bola, pemain perlu segera bertindak dalam situasi peralihan permainan ini. 

"Apa yang saya lihat, sebelah kiri dan kanan lambat memberi bantuan, sebab itu kita lihat ada ruang di bahagian tengah," kata Rajagobal. 

Bagaimanapun, bekas jurulatih Harimau Malaya itu percaya pemain-pemainnya akan membentuk keserasian lebih baik dalam aksi Liga Super berdepan Pahang selepas ini. 
 

Advertisement

Must Watch Video