Skip to main content

Bola Sepak

PKNS mahu gandingkan Safee bersama Patrick

2117safee.jpg

Pengendali PKNS, E. Elavarasan, kini mula mencanang kemungkinan menggunakan gandingan Patrick Ronaldinho dan Safee Sali di bahagian serangan pasukannya untuk saingan Liga Super musim ini.

Bekas awang import Selangor itu mula menjalani latihan bersama PKNS pada Jumaat selepas tiba dari Liberia pada Rabu.

Bagi Elavarasan, dia kini memikirkan percaturan taktikal sesuai bagi membolehkan pemain kelahiran Liberia itu membentuk gandingan mantap bersama Safee.

"Kami perlu membuat sesuatu untuk mereka. Ini kerana apabila kamu memiliki penyerang yang mampu menjaringkan gol, pemain itu lebih penting berbanding pemain yang tidak mampu meledak gol.

"Kedua-dua pemain memiliki ketenangan untuk menjaringkan gol, jadi apa yang penting ketika ini bagaimana untuk mengguna pakai kebolehan kedua-dua pemain ini," jelas Elavarasan.

PKNS akan beraksi dalam satu lagi aksi persahabatan berdepan Kedah esok sebelum ke Kundasang, Sabah bagi menjalani kem bina semangat selama seminggu sebagai persiapan mengahadapi saingan musim ini.

Dalam pada itu, tonggak pertahanan PKNS, Amirridzwan Taj Tajuddin, menyifatkan pasukannya kini mirip skuad ATM pada musim 2012-2013 kendalian B. Sathianathan.

Pemain kelahiran Kelantan ini optimis PKNS mampu memberi cabaran kuat musim ini selepas pemain membentuk persefahaman yang lebih baik.

"Tahun ini PKNS banyak mengambil pemain yang berkualiti seperti Safee (Sali) dan Khyril Muhymeen dan Azmi.

"Jika melihat daripada kesebelasan utama sehingga ke bangku simpanan, PKNS memiliki kekuatan yang seimbang," ujar Amiridzwan.

 

Advertisement

Must Watch Video