Skip to main content

Bola Sepak

PKNS lebih bersedia beraksi di Shah Alam

anderson6218.jpg
Pertahanan PKNS FC, Zachary Anderson, betekad memastikan gawang pasukannya tidak dibolosi untuk memastikan tiga mata pertama menentang Pahang dalam Liga Super di Stadium Shah Alam, esok.

Selepas terikat 2-2 dengan Terengganu FC dalam aksi pertama di Kuala Terengganu, Sabtu lalu, Anderson mengakui pasukannya itu perlu meningkatkan kualti permainan bagi perlawanan kali ini.

"Kami membuat kesilapan dengan memberikan penalti dalam perlawanan lalu tetapi kami harus pandang ke depan dan beraksi baik esok. 

"Kami akan kekal fokus untuk memastikan tidak lagi bolos," ujarnya.

Dalam pada itu, jurulatih PKNS, Datuk K. Rajagobal, percaya barisan kendaliannya akan bersedia menangani lawan dari Pantai Timur itu.

Selepas mengharungi aksi pertama dengan TFC, bekas pengendali kebangsaan itu yakin pasukannya lebih bersedia kali ini.

"Pahang adalah pasukan pilihan pada musim ini. Saya yakin pemain-pemain dapat memberi cabaran kepada pasukan itu," katanya.

Sementara itu, kapten dan pertahanan Pahang, Matthew Davies, mengharapkan tuah memihak kepada pasukannya dalam aksi bertemu PKNS memandangkan esok adalah hari jadinya yang ke-23.

"PKNS adalah pasukan yang baik dan sudah tentu akan menjadikan perlawanan sukar bagi kami. Saya berharap kami mendapat keputusan yang baik," katanya.

Jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh, turut yakin skuadnya akan kembali bangkit selepas seri tanpa jaringan dengan Perak dalam aksi pertama di Kuantan, kelmarin.

"Pahang mahu bangkit dalam prestasi mereka. Semangat pemain pun makin meningkat. Kami datang ke sini semata-mata untuk mendapatkan kemenangan," kata Dollah.
 

Advertisement

Must Watch Video