PKNS FC adalah antara pasukan Liga Malaysia yang menitikberatkan integriti dalam usaha memerangi gejala rasuah bola sepak yang boleh menggugat pasukan itu menerusi pendekatan tertentu.
Menurut Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar, antara pendekatan kelab itu ialah menerusi jawatankuasa integriti yang diwujudkan selain pihak pengurusan menjalin kerjasama erat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Antara langkah yang kami telah ambil adalah dengan menandatangani ikrar integriti pada setiap tahun.
"Ia bukan untuk pasukan Liga Super sahaja, malah untuk Piala Belia dan Piala Presiden.
"Kami juga ada bertukar pandangan dengan SPRM untuk membincangkan isu-isu berkaitan.
"Setiap tahun, kami sentiasa memanggil jabatan berkaitan di SPRM untuk memberi taklimat," ujar Zubaidah.
Selain Semut Merah, MISC-MIFA turut mewujudkan jawatankuasa integriti.
Musim lalu, MISC-MIFA terpalit dengan gejala rasuah yang menyaksikan penahanan tiga pemainnya oleh SPRM.
Pengalaman pahit itu membuatkan pengurusan MISC-MIFA sentiasa berwaspada mengenai kemungkinan terdapat usaha 'bookie' untuk mendekati dan mempengaruhi pemainnya.
"Pengurusan memandang serius perkara ini dan telah membentuk jawatankuasa integriti yang diketuai pegawai yang benar-benar layak untuk mengendalikan kes ini.
"Kami benar-benar serius dengan perkara ini," kata ketua jurulatihnya, K. Devan.