Skip to main content

Bola Sepak

PKNS jumpa pengganti Soto

16617jammeh.jpg
PKNS FC akhirnya menemui pengganti Gonzalo Soto yang terpaksa digugurkan akibat kecederaan lutut apabila menyenaraikan bekas ketua pasukan Gambia, Abdou Jammeh, sebagai taruhan terbaharu.

Jammeh sebelum ini difahamkan pernah menghadiri pemilihan bersama Pulau Pinang, namun beberapa hari sebelum pintu perpindahan ditutup, dia mengambil keputusan ke PKNS.

Kini, dia tidak mahu memikirkan lagi perkara lepas kerana fokusnya sekarang hanyalah bersama Semut Merah dan mahu membantu pasukan itu mencipta sesuatu di pentas Piala Malaysia.

Seorang lagi tonggak import baharu, Fabio Ferreira, yang dijangka menggalas posisi sayap kanan PKNS berharap mampu segera menyesuaikan diri dengan suasana Liga Malaysia.

"Ejen saya telah membuat keputusan buat saya, dia yang memberitahu kepada saya untuk bersama PKNS," kata Jammeh.

Bekas produk akademi Chelsea itu sebelum ini mempunyai pengalaman lima musim bermain dalam Liga Australia bersama Adelaide United dan Central Coast Mariners.

PKNS melengkapkan kuota pemain import mereka dengan mendapatkan Park Kwang Il dari Korea Selatan yang turut beraksi di posisi serangan.

"Setakat ini, segala-galanya berjalan dengan baik, saya juga sudah menyesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia. Rakan sepasukan serta jurulatih turut berkomunikasi dengan baik," kata Ferreira.

Advertisement

Must Watch Video