Pihak pengurusan PKNS FC menyasarkan lima tempat teratas Liga Super dan meraih sekurang-kurangnya satu kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Sasaran kelab itu diumumkan sendiri presidennya, Siti Zubaidah Abdul Jabar, dalam majlis pelancaran jersi dan bas baru PKNS untuk musim 2017.
Jurulatih pasukan, E. Elavarasan, menyambut positif sasaran itu dan percaya gandingan beberapa muka baru dan berpengalaman dalam skuad musim ini membolehkannya membentuk kombinasi ampuh yang mampu mencabar pasukan lain.
"Sudah tentu sukar kerana keserasian pasukan mengambil masa dan belum memahami apa yang kami perlukan dalam situasi tertentu.
"Bagaimanapun, saya tahu dengan pengalaman dan pendedahan yang pemain ada, mereka boleh menyesuaikan diri secepat mungkin. Itu yang saya yakin," katanya.
Rata-rata pemain PKNS, termasuk bekas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali, turut melontarkan nada keyakinan sama terhadap peluang PKNS mencapai sasaran pihak pengurusan, sekali gus meneruskan kejayaan muncul naib juara Piala FA dan Liga Perdana musim lalu.
"Bagi saya, itu satu cabaran yang besar tetapi ia menjadi kegemaran saya. Apabila kami berada dalam tekanan, kami sentiasa bersedia, ingin menunjukkan sesuatu kepada pasukan dan pengurusan," kata Safee.
Penjaga gol, Zamer Selamat, pula berkata: "Saya pernah bersama dengan PKNS pada 2014 sebelum keluar pada 2015. Bagaimanapun, pada tahun ini ia nampak berbeza kerana pasukan memiliki ramai pemain berpengalaman. Pengalaman mereka ini sedikit-sebanyak boleh membantu PKNS."
Senarai pemain baru PKNS:
1. Mohd Sabre Mat Abu
2. Azmi Muslim
3. Parick Ronaldinho Wleh (Dipinjamkan ke Selangor musim lalu)
4. Bobby Gonzalez
5. Safee Sali
6. Mohd Fauzan Dzulkifli
7. Khyril Muhymeen Zamri
8. Affizie Faisal Mamat
9. Lucas Espindola
10. Mohd Zamer Selamat
11. Arip Amminuddin
12. S. Sivanesan
13. Amirridzwan Taj Tajuddin
14. K. Gurusamy