PKNS FC bakal ke Kundasang, Sabah, selama seminggu, bermula 8 Januari ini untuk kem bina semangat bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2017.
Bagi ketua jurulatihnya, E. Elavarasan, kunjungan itu lebih kepada membentuk kekuatan mantap pemain bagi menghadapi saingan musim ini.
Walaupun PKNS diperkuatkan 12 muka baru berpengalaman musim ini, Elavarasan masih mahu pasukannya mempunyai semangat berpasukan yang tinggi untuk mengharungi cabaran dalam Liga Super selepas berjaya muncul naib juara Liga Perdana musim lalu.
"Di sana, kami mahu mengeratkan keserasian antara pemain kerana kami mempunyai 13 muka baru.
"Kalau boleh, ahli psikologi dan pakar motivasi yang sering bersama kami akan turut serta untuk membuat program-program yang menguatkan mental pemain dan membina semangat baru," kata Elavarasan.
Dalam pada itu, pemain pertahanan, Amiridzwan Taj Tajuddin, optimis dengan potensi kekuatan pasukannya bagi menghadapi saingan musim ini.
Bekas pemain kebangsaan itu mengakui suasana dalam skuad Semut Merah kini mirip skuad ATM yang dikendalikan B. Sathianathan yang pernah mencetuskan sensasi pada musim 2012-2013.
Amiridzwan dijangka membentuk gandingan pertahanan tengah bersama awang import, Gonzalo Manuel Soto.
"Tahun ini, PKNS mengambil pemain yang agak berkualiti seperti Safee (Sali), Khyril Muhymeen dan Azmi Muslim.
"Insya-Allah pemain yang lain juga berkualiti dan seimbang untuk mengambil tempat dalam kesebelasan utama," kata Amiridzwan.