PKNP FC terus kebal di laman sendiri apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas UiTM FC dalam aksi Liga Perdana di Ipoh, malam tadi.
Menurut ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, setiap pasukan ketika ini tidak mahu kehilangan mata kerana ia memberi impak kepada kedudukan dalam liga.
"Jangan hilang mata kerana saingan liga semakin sengit.
“Empat pasukan teratas hanya dipisahkan dengan jurang mata yang kecil,” ujarnya.
“Bagaimanapun, ini permulaan yang baik buat pasukan setelah berehat sebulan dan kombinasi pemain tempatan dan import memberikan keyakinan.
“Kini PKNP sedang berusaha keras dalam misi mengejar pendahulu liga,” tambahnya.
“Diharapkan momentum ini dapat dikekalkan dalam pertemuan menentang T-Team di Kuala Terengganu dalam saingan Piala Malaysia,” kata Abu Bakar.
Sementara itu, penjaring gol tunggal perlawanan, Kim Hyeon Woo, menyifatkan jaringan kemenangan itu bakal menjadi permulaan bagi gol-gol lain selepas ini.
"Saya bernasib baik dapat menjaringkan gol tersebut tetapi akan terus berusaha lebih keras lagi dalam perlawanan akan datang,” katanya.