Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

PKNP hargai satu mata di Ipoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abu-bakar,-hafiz-pknp-080717.jpg
PKNP FC terus kebal di laman sendiri apabila mengikat finalis Piala FA, Pahang, 1-1 dalam saingan Piala Malaysia di Ipoh, malam tadi.

Menurut ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim, elemen gentar membakar semangat juang anak buahnya.

"Reputasi Pahang terlalu tinggi. Saya faham perasaan pemain muda saya tetapi saya bangga.  

"Mereka berjaya mengalihkan perasaan itu menjadi lebih positif dengan memberi saingan dan mengutip sekurang-kurangnya satu mata.

"Mental pemain saya semakin yakin kerana berjaya memberi saingan kepada dua skuad Liga Super (T-Team dan Pahang). 

"Ini satu pengalaman berguna untuk kami menghadapi empat lagi perlawanan mendatang," katanya.

Kejayaan PKNP menyamakan kedudukan dalam situasi 'bagai nyawa di hujung tanduk' juga mendapat pujian ramai.

"Ini karakter kami (PKNP), banyak kali kami bangkit.

"Salah satu faktornya adalah kerana kami tidak mahu mengalah selagi wisel penamat tidak ditiupkan.  

"Ini yang kami terap dan tekankan jika mahu bersaing dengan pasukan kelompok atasan," katanya lagi. 

Pemain sayap PKNP, Mohammad Hafiz Ramdan, turut bersyukur kerana berjaya mendapatkan satu mata ketika menentang Pahang.

"Memandangkan pengalaman kami cetek dalam kejohanan ini (Piala Malaysia), kami berusaha keras.  

"Bertemu Pahang semestinya memerlukan kami lebih peka dan bersabar dalam permainan. 

"Saya dan rakan-rakan juga mahu lihat sejauh mana kemampuan kami dalam Piala Malaysia dan Liga Perdana", kata Hafiz.

PKNP mendahului Kumpulan A dengan empat mata hasil daripada dua perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video