Skip to main content

Bola Sepak

PKNP FC tetap hormati Kuantan FC

25117pknp.jpg
Menjelang pertemuan dengan Kuantan FC di Stadium Perak malam esok,  PKNP FC mahu dianggap pasukan bukan pilihan memandangkan pelawat hadir dengan kekuatan tersendiri. 

Menurut jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, skuad Kuantan FC dilihat lebih berpengalaman dalam kancah Liga Perdana.

"Rata-rata pemain kami masih baru manakala pelawat lebih berpengalaman. Kami tidak pernah lagi berjumpa mereka. Oleh itu, kami tidak dapat menilai kekuatan Kuantan FC.

"Namun, kelebihan gelanggang tuan rumah akan digunakan sebaik mungkin," katanya.

Ini dianggap perlawanan pertama kedua-dua pasukan setelah perlawanan sulung minggu lalu ditangguhkan akibat keadaan padang tidak sempurna akibat hujan.

Advertisement

Must Watch Video