PKNP FC menyasarkan untuk berada di kedudukan enam terbaik tahun ini berdasarkan persiapan rapi dan komitmen pasukan dalam mengharungi saingan Liga Super 2018.
Presiden PKNP FC, Datuk Aminuddin Md. Desa, berkata matlamat PKNP jelas dalam saingan musim ini.
"Matlamat yang kami letakkan bukan sahaja kekal dalam Liga Super tetapi menjadi saingan hebat kepada pasukan lain. Oleh itu, kami sasarkan enam terbaik," jelas Aminuddin.
Semalam, PKNP dengan rasminya melancarkan majlis memperkenalkan pemain dan pelancaran jersi pasukan Liga Super PKNP FC 2018 di Ipoh.
Selain skuad utama, skuad Piala Presiden dan Piala Belia turut diperkenalkan di hadapan lebih 1,000 penyokong.
PKNP FC akan membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Super musim ini menentang Negeri Sembilan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, petang esok.