PKNP FC belum menekan butang cemas biarpun menduduki tangga kedua tercorot dalam Liga Super 2019 setakat ini.
Ini kerana ketua jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim, berpendapat masih terlalu awal untuk membuat andaian tentang kemampuan pasukan itu.
"Memang keadaan kurang memberangsangkan ketika ini kerana kami baru mengutip satu mata daripada lima perlawanan.
"Tetapi berdasarkan kedudukan setakat ini, mata pasukan dari nombor lapan ke bawah masih lagi rapat-rapat dan boleh dikejar. Kami akan mengusahakannya," katanya.
Cuma, apa yang memeningkan Abu Bakar yang juga pengurus pasukan ialah kerapuhan benteng PKNP FC.
"Selama lima tahun mengendalikan PKNP FC, belum pernah berlaku benteng pasukan begitu rapuh sehingga kami dibolosi di awal-awal permainan.
"Musim ini sudah dua kali berturut-turut kami melepaskan gol gara-gara kesilapan mudah dan tidak sepatutnya.
"Lebih mengecewakan ialah kesilapan dilakukan oleh pemain import bertaraf pemain kebangsaan."
Kebimbangan Abu Bakar difahami kerana selepas ini, kelab konglomerat itu akan bertemu satu lagi ujian getir, iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT), di Larkin, Sabtu ini.
"Semua orang tahu kemampuan JDT. Jika pemain PKNP terus beraksi di bawah tahap sebenar, kami akan terus menjadi mangsa ratahan mereka.
"Suka atau tidak kami perlu tingkatkan persembahan serta tidak ulangi kesilapan mudah yang akan membolehkan lawan menghukum kami," katanya.