Skip to main content

Bola Sepak

PKNP berwaspada bertemu Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pknp-070717.jpg
PKNP FC terus mempersiapkan diri dan berikrar untuk memberi tekanan kepada Pahang apabila kedua-dua pasukan bertemu di Ipoh dalam saingan Piala Malaysia, malam ini.

Menurut ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, skuad Tok Gajah adalah pasukan yang agak seimbang dan mempunyai pemain-pemain yang mampu membuat kejutan. 

"Ini perlawanan kedua pasukan dan kali ini pasti getir bertemu Pahang -- pasukan yang menghuni tangga kedua Liga Super. 

"Pemain PKNP, terutama di bahagian pertahanan, perlu kental kerana pemain import seperti Mohamadou Sumareh dan Mattheus Alves mampu mencipta sesuatu," katanya.

Oleh itu, Abu Bakar menyarankan pemainnya untuk lebih fokus dan menampilkan kualiti permainan bermutu jika mahu bersaing dengan pasukan lebih berpengalaman.

"Rata-rata pemain saya baru berasa bahang Piala Malaysia.  

"Jangan gentar, ambil pengalaman ini. 

"Adalah bonus kalau dapat melangkah lebih jauh," ujarnya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video