Skip to main content

Bola Sepak

Pique persoal keutamaan sebenar Neymar

neymar-cropped_lciwn6bfgefs102nflne9e6iy.jpg
Pertahanan Barcelona, Gerard Pique, berkata Neymar perlu memutuskan sama ada mengejar bayaran atau kejayaan selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG).

Spekulasi mengenai perpindahannya ke Paris semakin hangat dengan kelab itu dilaporkan bersedia untuk menebus kontrak penyerang Brazil itu yang mencecah GBP200 juta (RM1.12 bilion).

Rakan sepasukan yang lain telah pun menggesa pemain berusia 25 tahun itu untuk kekal di Camp Nou.

Pique -- yang terkenal dengan mulut lantang -- mempersoalkan keutamaan pemain itu.

"Segala-galanya bergantung kepada apa yang Neymar mahukan. Dia mampu menyertai mana-mana kelab di dunia," Pique bercakap kepada ESPN.

"Dia boleh berada di Paris, Barcelona, Chelsea mahupun Manchester City.

"Semua kelab mahukan khidmatnya tetapi segala-galanya bergantung kepada keutamaannya.

"Apa yang kamu mahukan, duit atau trofi?

"Sama seperti di Amerika Syarikat. Terdapat pemain di NBA yang tidak mendapat bayaran setimpal dengan pencapaian mereka. Kadang kala kamu perlu membuat keputusan berdasarkan keutamaan."

 

Advertisement

Must Watch Video