Skip to main content

Bola Sepak

Piala Sumbangsih: Shahrel Fikri tidak sabar hadapi JDT

shahrel-fikri.jpg
Penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi, sedia mengambil risiko untuk diturunkan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sumbangsih 2019 agar impiannya beraksi menentang gergasi bola sepak tanah air itu tercapai.

Shahrel, yang menyarung jersi skuad The Bos Gaurus musim ini, baru pulih daripada kecederaan belakang tetapi bekas penyerang Nakhon Ratchasima itu tetap menyuarakan hasrat untuk beraksi dalam pertemuan di Stadium Larkin malam ini.

Selain mahu membantu pasukannya mencapai kemenangan, pemain yang mesra dipanggil ‘Eky’ itu juga mengakui amat mengidamkan aksi berdepan JDT.

"Saya begitu teringin untuk berdepan JDT memandangkan saya dipingirkan akibat kecederaan pada awal musim lalu manakala dalam pertemuan kedua, saya sudah berhijrah ke Thailand. 

"Saya belum berada di tahap 100 peratus lagi tetapi saya bersedia untuk diturunkan dalam tempoh 20 minit terakhir permainan. 

"Sekiranya itu berlaku, saya akan tetap berikan aksi terbaik," katanya. 

Kehadiran penyerang Harimau Malaya itu sememangnya menguatkan lagi jentera serangan skuad Perak musim ini.

Kini, Shahrel mengharapkan dapat melakar kejayaan bersama negeri kelahirannya itu selepas mencipta nama bersama PKNP FC sebelum ini.

"Setelah berhijrah ke PKNP, saya berpeluang untuk menunjukkan bakat dan ramai pihak mula buka mata dan inginkan saya kembali bersama Perak," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video