JDT 1 PERAK 0
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan Piala Sumbangsih selepas menewaskan Perak 1-0 dalam aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.
Jaringan tunggal perlawanan dalam separuh masa pertama daripada tonggak import, Gonzalo Cabrera, membolehkan JDT memastikan trofi itu kekal di Johor setelah mengungguli aksi musim lalu dengan menundukkan Kedah 2-1 serta mengutip tiga mata bagi aksi pertama Liga Super 2019.
Turun selaku juara Piala Malaysia 2018, Perak bimbingan Mehmet Durakovic dilihat lebih banyak mempertaruhkan corak permainan bertahan tatkala JDT melakukan asakan demi asakan sejak sepak mula perlawanan.
Pemain kebangsaan, Safawi Rasid, hampir membuka tirai jaringan ketika aksi baru berusia enam minit apabila sepakan lencong dari luar kotak penalti memaksa penjaga gol skuad The Bos Gaurus, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, melayangkan badan untuk menepis bola keluar.
Hafizul Hakim sekali lagi menjadi penghalang buat tuan rumah untuk meraih gol pembukaan apabila dia menangkap kemas rembatan Safawi, lima minit kemudian.
Kecederaan yang menimpa Natxo Insa memaksa pemain tengah itu dikeluarkan oleh pengurus JDT, Luciano Figueroa, dan digantikan oleh Afiq Fazail tetapi tuan rumah jelas tidak terkesan dengan pertukaran yang dilakukan.
Gerakan solo yang dihasilkan oleh Aaron Niguez dari sebelah kiri pada minit ke-40 membuatkan benteng Perak terus kucar-kacir dan situasi itu digunakan oleh penjaring 14 gol musim lalu, Cabrera, untuk melambungkan bola memasuki gawang tatkala Hafizul Hakim terkeluar dari posisi dan memberikan kelebihan buat tuan rumah sebelum rehat.
Perak seharusnya menjadikan kedudukan 1-1 seandainya J. Partiban tenang menyudahkan peluang di depan gawang untuk menewaskan Farizal Marlias pada minit ke-58 tatkala pemain gantian JDT, Diogo Santo, hampir memberikan kemenangan 2-0 buat tuan rumah pada minit ke-89 selepas menyambut bola sepakan gol Farizal, namun lambungan bekas penggempur Buriram United itu sekadar melewati palang gawang.
Anak buah Durakovic sekali lagi dipalit kekecewaan untuk mengikat kedudukan apabila bola tandukan Wander Luiz di depan gol gagal disambut dengan kemas oleh Shahrel Fikri Md Fauzi ketika permainan memasuki waktu kecederaan dan kedudukan 1-0 kekal sehingga aksi tamat.
KEPUTUSAN LAIN:
MELAKA 2 PJ CITY FC 1
PKNP FC 0 KEDAH 2
Kredit foto: Facebook JohorSouthernTigers