Skuad B-19 negara mengalami kekalahan terbesar dalam Kejohanan Piala Sanix 2019 selepas dibelasah Sagantosu Youth 5-0 dengan ketua jurulatih, Bojan Hodak, melabel kualiti skuad negara terlalu jauh ke belakang berbanding pasukan berstatus kelab itu.
Selepas tewas kepada Aumori Yamada 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan A, skuad bimbingan Hodak itu terus dilanda kecewa apabila mudah diratah pasukan kelab remaja, Sagantosu.
Meskipun menurunkan ramai pemain simpanan, Bojan tetap menganggap ia sesuatu yang mengecewakan ketika dia sedang mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Kejohanan AFF B-18 yang bakal berlangsung Ogos depan.
"Anda perlu membuktikan kebolehan sebenar untuk beraksi bersama skuad kebangsaan. Sama seperti tahun lalu, kami akan membuat penyingkiran," kata Hodak.
Sementara itu, Hodak turut menganggap tahap saingan Piala Sanix sudah terlalu jauh berubah dengan kualiti pasukan-pasukan bertanding setaraf pasukan senior.
"Saingan Piala Sanix sangat sengit dan rata-rata pemain negara membuktikan mereka tidak mampu memberikan saingan, kami akan pulang ke Malaysia dan mencari barisan terbaru," tegasnya.