Ketua jurulatih B-23 negara, Nafuzi Zain, belum berpuas hati dengan kemenangan 7-1 anak buahnya ke atas Brunei dalam Piala Mandiri ASEAN B-23, sebentar tadi.
Dalam aksi di Jakarta itu, skuad Harimau Muda memerlukan kemenangan bagi menghidupkan peluang melolosi separuh akhir selain akan turun dengan misi wajib menang ke atas Indonesia, Isnin depan dan Mafuzi jelas tidak senang dengan kelekaan dibolosi sedemikian.
"Meskipun menang besar, dibolosi satu jaringan ibarat satu kerugian.
"Saya harap pemain akan mengutip pengalaman daripada bolos ini," katanya.
Dalam masa sama, penggempur negara, Haqimi Azim Rosli, mahu menjadikan kemenangan ini sebagai batu loncatan untuk prestasi lebih cemerlang biarpun bakal menempuhi situasi getir di Stadium Gelora Bung Karno.
"Kemenangan hari ini menjadi suntikan moral untuk kami menghadapi Indonesia.
"Kami akan buat yang terbaik dan berikan 100 peratus.
"Kami ikut arahan jurulatih dan akan fokus kepada perlawanan seterusnya," katanya.

“Tak sepatutnya berlaku”, Nafuzi on dibolosi lawan Brunei ketika pemain berjaya galas tanggungjawab untuk raih kemenangan motivasi bertemu Indonesia nanti. ???@ASTROARENA pic.twitter.com/TxrzrU1Oil
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 18, 2025