Skip to main content

Advertisement

Ragbi

SSR: Empat pasukan berentap rebut final Challenge Trophy edisi sulung

SSR

Siapakah akan ke final?

Perebutan empat pasukan mencuri tumpuan apabila masing-masing memburu tiket ke perlawanan akhir Super Schools Rugby (SSR) Challenge Trophy dengan aksi separuh akhir akan berlangsung hujung minggu ini di EV Arena, Shah Alam.

Advertisement

Juara kategori itu akan mendapat laluan ke SSR playoffs menuju ke divisyen premier.

SMS Machang dari Kelantan mara ke separuh akhir selepas muncul juara Kumpulan E hasil kemenangan ke atas SMS Tuanku Jaafar dan Sekolah Tinggi Bukit Mertajam.

Mereka akan menentang MRSM Alor Gajah, yang menjuarai Kumpulan G selepas mencatat kemenangan ke atas SMS Teluk Intan dan SMS Johor, dalam satu pertembungan yang dijangka sengit.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, SMK King George V akan bertemu SMS Muzaffar Syah. SMK King George V menamatkan saingan di tempat teratas Kumpulan F selepas menewaskan SMS Sultan Mohamad Jiwa dari Kedah dan SMK Sultan Yahya Petra (1), Kelantan.

Sementara itu, SMS Muzaffar Syah mara sebagai juara Kumpulan H selepas mengatasi SMS Sultan Mahmud dari Terengganu dan St John’s Institution, sekali gus meneruskan kempen sulung yang memberangsangkan. 

Must Watch Video