Kesilapan ‘ball watching’ dan gugup mendorong kepada kekalahan mengejut 0-2 skuad B-23 negara kepada Filipina dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, Piala Mandiri ASEAN B-23 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.
Bagaimanapun, pengendali Harimau Muda, Nafuzi Zain, enggan menuding jari terhadap barisan pertahanannya, termasuk Aiman Hakimi Othman, yang dikeluarkan selepas separuh masa.
Dalam perlawanan itu, skuad negara menguasai hampir keseluruhan permainan tetapi buntu di depan gawang sehingga dihukum dengan dua gerakan serangan balas.
Dua gol daripada Otu Abang Banatao dalam separuh masa pertama sudah cukup untuk memastikan tiga mata buat The Azkals.
"Secara keseluruhan, kami sedar ada sedikit kelekaan di barisan pertahanan, mungkin pemain gugup pada awal permainan," katanya dalam sidang media seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
"Kalau kita lihat mereka tidak betul-betul bersedia tetapi saya faham dan tidak boleh menyalahkan pemain kerana secara keseluruhan, mereka adalah pemain muda dalam lingkungan umur 20-21 tahun, bahkan ada yang baru berusia 19 tahun.
"Ini adalah pengalaman untuk mematangkan mereka di peringkat antarabangsa," katanya.