Skip to main content

Bola Sepak

Piala Mandiri ASEAN B-23: Ini sebab kenapa Indonesia tak panggil pemain Kelayakan Piala Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marselion.jpg
'Sedangkan mereka masih layak dan berhak bermain untuk Indonesia' 

Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Indonesia, Gerald Vanenburg, menjelaskan mengapa bintang Sang Garuda, Rafael Struick dan Marselino Ferdinan, tidak menyertai skuad tersebut menghadapi Kejohanan Piala Mandiri ASEAN B-23 di Jakarta, bermula hari ini.

Sebelum ini, kedua-dua pemain itu dikhabarkan akan memperkuat pasukan sebagai nilai tambah ekoran memiliki pengalaman luas di pentas antarabangsa, terutamanya menjadi ayam tambatan ketika pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, baru-baru ini.

Namun, pengendali dari Belanda itu menafikan spekulasi yang bertiup kencang itu dan segera fokus dengan persiapan pasukan menjelang perlawanan pertama berdepan Brunei malam ini.

"Tidak. Mereka (Struick dan Marselino) tidak akan bermain.

"Mereka bukan dalam perancangan kami," katanya ketika sidang media rasmi sebelum aksi, semalam. 

Meskipun kedua-dua tonggak itu boleh beraksi berikutan had umur yang ditetapkan, Vanenburg menegaskan enggan menggunakan khidmat mereka yang menjadi sandaran skuad Patrick Kluivert demi misi lebih besar.

 

"Yang paling penting ialah untuk layak ke Piala Dunia 2026. 

"Kerana itu yang paling utama, jadi saya sangat senang melihat pemain ini berkembang dan dapat membantu Indonesia.

"Kualiti mereka berdua sudah diiktiraf di peringkat lebih tinggi," katanya lagi. 

Untuk rekod, Struick berusia 22 tahun sementara Ferdinan berumur 20 tahun.

Advertisement

Must Watch Video