Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Ulisses Morais, mengakui saingan Liga Super adalah keutamaannya, namun tetap memandang penting saingan Piala Malaysia musim ini.
Pengendali Sarawak, David Usop, pula tetap menganggap JDT lawan sukar dalam aksi Kumpulan D, Piala Malaysia, malam ini.
Morais yang memulakan tugas selaku jurulatih pasukan dengan kemenangan ke atas Pulau Pinang dalam aksi Liga Super, Sabtu lalu.
Kini, pengendali itu mahu meneruskan rentak kemenangan apabila berdepan Sarawak.
"Keutamaan kami adalah liga, tetapi jika kami bermain dalam Piala Malaysia, ia tetap untuk kemenangan.
"Adalah penting mengekalkan kejuaraan liga tetapi pada masa sama, kami tidak akan memberi laluan mudah dalam Piala Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, jurulatih Sarawak, David, tidak menjadikan pencapaian kurang memuaskan JDT dalam saingan Piala Malaysia musim lalu sebagai ukuran kekuatan JDT.
Beliau menjangkakan JDT akan berjuang habis-habisan dalam saingan Piala Malaysia selepas terlepas Piala FA dan Piala AFC.
"Selepas terlepas dua piala, JDT mungkin memberi keutamaan kepada Piala Malaysia.
"Kami perlu berhempas-pulas kerana kumpulan kami sangat sengit.
"Semua pasukan ingin layak ke pusingan kedua, termasuk JDT yang pasti mahu melayakkan diri," katanya.