Terengganu mengimpikan kemenangan sulung dalam kempen Piala Malaysia bagi membuka kembali laluan ke suku akhir selepas sekadar seri dalam tiga perlawanan lalu.
Biarpun fokus Terengganu lebih tertumpu kepada Liga Perdana, jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim, masih tidak mahu mengabaikan prestij Piala Malaysia.
Justeru, Irfan akan melakukan percaturan terbaik, termasuk menurunkan tonggak utama seperti Kipre Tchetche bagi merobohkan kekentalan kubu Selangor.
"Saya telah membuat penilaian bagi memilih kesebelasan terbaik untuk menghadapi perlawanan ini.
"Sasaran utama Terengganu adalah untuk kembali beraksi dalam Liga Super tetapi kami juga mahu mencari kemenangan pertama dalam saingan Piala Malaysia," katanya.
Jika tewas atau gagal mencapai kemenangan, peluang Terengganu ke suku akhir dilihat sukar, tambahan terpaksa bertandang ke Larkin menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).
Satu lagi berita baik buat Terengganu ialah kehadiran semula Issey Farran Nakajima yang terpaksa berehat selama dua minggu sebelum ini kerana kecederaan pangkal paha.
Walaupun bersedia untuk menurunkan Issey dalam kesebelasan utama, Irfan tidak mahu pemain lain terlalu bergantung kepada kudrat import semata-mata.
"Issey berkemungkinan besar akan diturunkan. Selepas beberapa hari menjalani latihan, saya dapat melihat keinginan yang tinggi oleh pemain tersebut untuk turun beraksi."