Pengendali Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Abu Bakar Fadzim, memuji persembahan pasukannya selepas mengejutkan T-Team 2-1 dalam aksi Kumpulan A, Piala Malaysia di Kuala Terengganu, malam tadi.
Menurutnya, mereka mempamerkan aksi berdisiplin dalam mengawal pergerakan pemain lawan selain sabar menanti peluang untuk menjaringkan gol.
“Ini adalah permulaan yang baik. Tahniah kepada semua, terutama ketua pasukan, Muhammad Shahrel Fikri, yang memberi inspirasi kepada pasukan ini.
“PKNP mahu mencipta sejarah untuk mara ke suku akhir dalam penampilan sulung Piala Malaysia ini,” katanya.
Perlawanan malam tadi menyaksikan T-Team hampir di depan dengan dua peluang, namun tandukan Mohd Nor Hakim Hassan (m-10) dan percubaan Mamadou Samassa (m-14) gagal menemui sasaran.
Sebaliknya, PKNP FC yang mengejutkan kem tuan rumah hasil gerakan solo Muhammad Shahrel di sebelah kanan untuk membuat rembatan menewaskan Mohd Hafidz Romly pada minit ke-22.
Bersambung dalam babak kedua, T-Team menyamakan kedudukan selepas Samassa menanduk masuk sepakan penjuru Mohd Fakhrurazi Musa pada minit ke-50.
Hanya seminit selepas itu, Muhammad Shahrel memanfaatkan kegagalan pertahanan T-Team mengeluarkan bola dari kawasan bahaya untuk menjaringkan gol kedua peribadi dan pasukannya.
Tuan rumah terus mengasak memburu gol penyamaan kali kedua, malangnya sepakan percuma pemain gantian, Syed Sobri Syed Mohd, sekadar terkena palang.
Penjaga gol PKNP FC, Ahmad Asyraaf Omar, turut menyelamatkan percubaan Mohd Azalinullah dan Samassa di dalam kotak penalti pada masa kecederaan, sekaligus kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.
Bagi Muhammad Shahrel, 23, persembahan yang ditunjukkan PKNP membuktikan mereka mampu melangkah lebih jauh meskipun ini pengalaman pertamanya beraksi dalam kancah Piala Malaysia.
Menjaringkan sembilan gol musim ini, bekas pemain Piala Presiden Perak itu turut berbangga dengan prestasi semasa pasukannya di bawah kendalian ketua jurulatihnya.
“Sejak menganggotai skuad Piala Presiden Perak, kemudian ke Piala Belia, banyak yang saya pelajari daripadanya (Abu Bakar Fadzim),” ujar Muhammad Shahrel.