PKNP FC terus mengungguli saingan Kumpulan A, Piala Malaysia setelah membenam Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Proton City Tanjung Malim, Perak, semalam.
Ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim, mengakui kemenangan itu hasil semangat dan kebangkitan pemainnya yang sebelum ini tewas kepada JDT II 2-1 dalam saingan Liga Perdana, Jumaat lalu.
"Mereka mempamerkan kebangkitan. Saya ucapkan terima kasih.
"Perlawanan tadi memang memberi tekanan. Bermain pada waktu petang di venue baru, malah pasukan lawan (Negeri Sembilan) hanya menurunkan pasukan kedua tetapi berjaya mengekang serangan kami," katanya.
PKNP dikerah menanti sehinggalah pada minit ke-83 barulah berjaya memecah kebuntuan melalui sepakan penalti Gilberto Valdenesio untuk gol pertama.
"Tiga mata penting ini berjaya menanam keyakinan semua yang terlibat dengan PKNP," tambahnya.
Sementara itu, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Asri Ninggal, berkata taktikal yang diterapkannya hampir berjaya mengikat pasukan tuan rumah.
"Tidak ada kesebelasan utama hari ini kerana persiapan menghadapi Kuantan FA dalam perlawanan Liga Perdana pada Jumaat lebih diutamakan.
"Slot ke Liga Super masih terbuka untuk empat pasukan teratas," ujar Asri.